TelBru hulur sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Sempena menyambut ulang tahun ke-13 penswastaannya, Telekom Brunei Berhad (TelBru) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Tahlil di Masjid Hassanal Bolkiah di Rancangan Perumahan Kampung Mentiri.

Majlis turut diselajurkan dengan sumbangan wakaf bagi barangan penyelenggaraan masjid dan juga peralatan pejabat termasuklah sebuah projektor yang diserahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Eknonomi (Ekonomi) selaku Pengerusi TelBru, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin kepada imam masjid di hadapan ahli-ahli lembaga lain TelBru, CEO Interim, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman serta kakitangan TelBru.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat diteruskan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil serta Doa Kesyukuran.

TelBru secara rasminya diswastakan pada 1 April 2006 iaitu sebuah agensi kerajaan pertama yang diubah menjadi entiti korporat dengan memfokuskan penyaluran perkhidmatan berkualiti menyeluruh termasuk teknologi, inovasi dan juga perkhidmatan pelanggan.

Dr Haji Abdul Manaf semasa menyerahkan sumbangan wakaf TelBru kepada imam Masjid Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Antara yang hadir pada majlis berkenaan.