Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Dalam usaha berterusan untuk memenuhi keperluan berbeza para pelanggannya, TelBru baru-baru ini telah melancarkan dua lagi denominasi Nationwide WiFi mampu milik bagi kad prabayar berbeza syarikat berkenaan yang bermatlamat untuk melancarkan pelayaran Internet pelanggan menerusi infrastruktur TelBru.
TelBru dalam kenyataannya menyatakan, pilihan baru 3GB dan 7GB yang baru dilancarkan itu, berharga $10 dan $15, juga menawarkan kesahan lebih lama, masing-masing sehingga 14 dan 28 hari serta boleh diaktifkan di mana-mana 90 lokasi strategik Nationwide WiFi.
Ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei serta lokasi-lokasi komersial utama di seluruh negara, menurut kenyataan itu lagi.
Selain di 10 cawangan TelBru di keempat-empat daerah dan vendor-vendor yang dibenarkan, denominasi baru berkenaan juga boleh dibeli secara digital menerusi aplikasi ‘My TelBru’ di mana senarai lengkap lokasi Nationwide WiFi TelBru boleh didapati.
