TelBru perjelas polisi penggunaan data

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Ramai dalam kalangan pelanggan TelBru telah meluahkan kebimbangan mereka di media sosial mengenai perubahan pelan-pelan jalur lebar terutamanya mengenai pengurangan kelajuan (throttling speeds) serta penggunaan data yang mungkin atau mungkin tidak berhubung kait dengan minimum 10Mbps.

Menangani kebimbangan ini, TelBru dalam kenyataannya, hari ini, menjelaskan bahawa perubahan pengurangan kelajuan itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Polisi Penggunaan Saksama syarikat selaras dengan amalan-amalan antarabangsa, dengan mengambil kira keperluan bagi Internet yang, tidak seperti syarikat-syarikat telekomunikasi lain di Brunei, hampir tanpa had.

Sebalik pengurangan data pelanggan, polisi TelBru adalah untuk memastikan bahawa sambungan masih tersedia sekalipun pada sebahagian daripada kelajuan pelanggan.

Bagaimanapun, tekan TelBru lagi, pelanggan perlu maklum bahawa pengurangan kelajuan, walaupun diubah kepada peratus lebih rendah, mengambil kira pelanggan yang melanggan lebar jalur lebih rendah yang akan menerima pengurangan kelajuan lebih tinggi berbanding pelan jalur lebar sebelumnya.

Di bawah pelan jalur lebar baru itu, mereka yang melanggan bagi kelajuan minimum 10Mbps akan dikurangkan pada 500kbps berbanding pada 200kbps di bawah pelan 1Mbps sebelumnya.

Pengurangan data hanya dikenakan ke atas pelan perniagaan sahaja, bukannya pelan kediaman, menurut TelBru.
Pengurangan data hanya dikenakan ke atas pelan perniagaan sahaja, bukannya pelan kediaman, menurut TelBru.

Begitu juga bagi pelanggan yang melanggan kelajuan 3.5Mbps dan ditingkatkan kepada 15Mbps akan dikurangkan pada 750kbps berbanding 700kbps. Ini, jelas TelBru, bermatlamat untuk memanfaatkan mereka yang dalam golongan bergaji rendah dengan harapan untuk mewujudkan persekitaran ICT yang lebih inklusif.

Dalam pada itu, TelBru juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa walaupun jadual pengurangan kelajuan yang diterbitkan semasa pengumuman pelan baru berkenaan menunjukkan bahawa pengurangan kelajuan dikenakan bagi pelanggan 30Mbps, TelBru menekankan, polisi-polisi pengurangan berkenaan hanya bagi pelan perniagaan.

Pelanggan kediaman yang melanggan 30Mbps pula akan mempunyai kuota tanpa had dan tidak akan dikurangkan, tambah TelBru dalam kenyataannya itu.

Sementara itu, TelBru juga menggalakkan pelanggan untuk menguji secara langsung kelajuan jalur lebar daripada modem mereka menggunakan kabel LAN untuk mendapatkan bacaan kelajuan yang lebih tepat, yang mungkin tidak begitu tepat jika ujian dilakukan menerusi Wi-Fi.

Polisi Penggunaan Saksama, diperkenalkan pada 2014, bermatlamat untuk memastikan bahawa semua pelanggan menerima kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman Internet lebih konsisten dengan mengurangkan jumlah penggunaan lebar jalur berlebihan oleh pengguna tegar minoriti. Polisi berkenaan juga bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Internet yang berhemat dalam kalangan pelanggan.

Ke arah memastikan bahawa pelanggan terus menikmati kelajuan yang lebih pantas sebelum pusingan bil baru, menurut kenyataan itu, TelBru telah memperkenalkan pilihan tambah nilai yang secara perbandingannya lebih murah berbanding pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan lain, serendah $8 bagi data 10GB, sah untuk 14 hari pada 0.80 sen per GB, sementara nilai tertinggi adalah 120GB data, sah bagi 30 hari pada 0.50 sen per GB.

Sementara salah tanggapan mengenai kelajuan lebih pantas menyamakan pengurangan data lebih pantas juga telah dibangkitkan oleh orang ramai, TelBru menekankan bahawa pengurangan data adalah berdasarkan sikap penggunaan pelanggan dan saiz bahan yang dimuat turun.

Seperti contoh, menonton bahan Definisi Tinggi (HD) menggunakan lebih banyak data berbanding kandungan Definisi Standard (SD).

TelBru menggalakkan pelanggan untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengurangkan keadaan ini dengan menjimatkan data seperti tidak memilih tetapan HD yang tersedia di laman-laman menonton video secara langsung yang popular seperti YouTube dan menutup muat turun auto terutamanya bagi platform-platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Menurut kenyataan itu, pelan baru berkenaan diperkenalkan sebagai respons kepada keperluan orang ramai yang telah menyeru bagi kelajuan lebih pantas, kadar lebih rendah dan lebih kuota, sementara pada masa yang sama menangani keperluan lebar jalur untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Bagi pelanggan yang masih menggunakan teknologi tembaga, TelBru memberi jaminan bahawa mereka akan meneruskan usaha memasang teknologi gentian dengan pelan-pelan bagi kawasan-kawasan padat di seluruh negara akan dilaksanakan.

TelBru akan terus bekerjasama dengan pengawal atur dan pihak berkepen-tingan lain dalam mendapatkan permit-permit yang diperlukan bagi pemasangan infrastruktur dan akan mempercepatkan proses sebaik sahaja permit-permit diberikan.

Menurut TelBru lagi, mereka juga akan kerap memberikan kemas kini apabila sambungan gentian baru dilaksanakan.

TelBru turut menyatakan bahawa mereka mengambil kira maklum balas yang diberikan sejak pengumuman itu dibuat dan menyampaikan penghargaan kepada orang awam kerana memahami dan terus memberi sokongan.