Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telefon bimbit kini ambil alih talian tetap kediaman

    NEW YORK, 4 Mei – Satu kajian oleh kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahawa kebanyakan rumah kediaman dan apartmen kini bergantung hanya kepada telefon bimbit untuk berkomunikasi, demikian menurut data yang dikumpul sepanjang separuh kedua 2016.

    Golongan penyewa dan separuh dewasa berkemungkinan besar hanya memiliki telefon bimbit, yang mana para pengkaji beranggapan ini kerana faktor mobiliti dan keselesaan mereka terhadap teknologi baru.

    Hampir separuh daripada isi rumah AS masih mempunyai talian tetap, meskipun ia kelihatan seperti berlebihan dalam era telefon bimbit.

    Kajian temu bual kesihatan kebangsaan oleh Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit itu bagaimanapun tidak memberi sebab kenapa orang ramai masih mengguna atau melanggan telefon tetap. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda