Telefon lama untuk dikitar semula?

PARIS, 21 JULAI – Memikir apa yang dilakukan dengan telefon bimbit lama telah menjadi lebih senang di Perancis, di mana orang ramai kini boleh menghantarnya secara percuma dalam surat untuk dikitar semula atau dibersihkan untuk dijual oleh kumpulan kebajikan.

Kira-kira 50 hingga 110 juta telefon sedang terbiar dalam laci di seluruh negara, sejak opsyen kitaran semula tidak selalunya mudah

dan ramai orang bimbang data peribadi yang disimpan mungkin tidak dapat diakses.

Ecosystem, NGO yang berada di sebalik projek, berkata orang boleh memesan sampul prabayar dari laman web jedonnemontelephone.fr atau cetak label alamat prabayar.

Telefon dihantar ke pusat pemprosesan di mana semua data dipadamkan sebelum telefon itu sama ada dibersihkan untuk dijual di kedai kebajikan Emmaus, atau dalam kebanyakan kes dipecah untuk dikitar semula dan pembuangan komponen paling dicemari.

Ecosystem berkata semalam ia merancang mengedar 100 telefon yang dipulih semula daripada skim semasa setiap 35 peringkat perlumbaan basikal Tour de France pada tahun ini yang bermula pada 29 Ogos.

Projek itu merupakan perluasan program kitaran semula barangan elektronik badan kebajikan yang bertujuan mengelak peralatan dan peranti lain daripada dibakar atau tempat buangan sampah.

Pada Jun, ia mengumpul 62,000 tan bahan tatkala orang membersihkan rumah mereka selepas lockdown koronavirus dua bulan. – AFP