Teleport, Zeal Global Services jalin perkongsian

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Bagi membantu memudahkan dan mengukuhkan akses pasaran yang menghubungkan India dengan pengguna di ASEAN dan sebagainya, platform kargo dan logistik digital AirAsia, Teleport dan Zeal Global Services Pte Ltd telah mengumumkan perkongsian baharu untuk menubuhkan anak syarikat tempatan di India.

Menurut kenyataan AirAsia, perkongsian ini juga akan membantu menyokong pertumbuhan kargo AirAsia India memandangkan syarikat penerbangan itu mengejar pengembangan antarabangsa pada akhir tahun ini.

CEO Teleport Pete Chareonwongsak berkata, “Teleport sedang berkembang pesat didorong oleh teknologi dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Zeal Global Services, pemimpin GSA yang diketuai oleh pasukan pengurusan yang arif dengan pasaran tempatan.

“Bersama rangkaian luas kami yang meliputi setengah daripada 162 bandar raya di Asia, kami yakin dan bersedia untuk melayani individu dan syarikat di India bagi membolehkan mereka mengangkut apa sahaja dengan cepat di rantau ini.”

Sementara itu, pengarah Global Zeal, Nipun Anand ketika mengulas mengenai perkongsian itu berkata, “Kami gembira bergandingan dengan Teleport, platform kargo dan logistik untuk Kumpulan AirAsia yang merangkumi teknologi kerana ia lebih cepat dan pergerakan barangan lebih lancar.”