Teleskop Hubble alami masalah komputer

WASHINGTON, 20 JUN – Telescope Hubble Space, yang telah mengamati alam semesta lebih daripada 30 tahun, telah mengalami masalah sejak beberapa hari lalu, menurut NASA.

Masalah yang timbul adalah data komputer yang berhenti berfungsi Ahad lalu, kata agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS).

Ia menegaskan teleskop itu sendiri dan alat saintifik yang datang bersamanya berada dalam keadaan baik.

“Tujuan data komputer adalah mengawal dan menyelaras peralatan sains dan memantaunya untuk tujuan keselamatan,” kata NASA.

Satu percubaan untuk memulakannya pada Isnin menemui kegagalan.

NASA berkata bukti awal menandakan modul memori komputer yang merosot sebagai sumber masalah komputer. Usaha untuk beralih kepada modul memori sokongan juga gagal.

Teknologi untuk data komputer wujud pada 1980, dan ia diganti semasa kerja-kerja penyelenggaraan pada 2009.

Dilancar pada 1990, Hubble Space Teleskop merevolusi dunia astronomi dan mengubah penglihatan kami mengenai alam semesta tatkala ia menghantar balik gambar sistem suria, Bima Sakti dan galaksi jauh.

Teleskop baharu dan lebih berkuasa digelar James Webb Space Teleskop, dijadual dipasang pada akhir tahun ini. Ia dicipta untuk mengamati alam semesta lebih mendalam lagi. – AFP

Gambar serahan NASA menunjukkan angkasawan Steven L Smith dan John M Grunsfeld menjalankan kerja-kerja menyelenggara Hubble STS-103 yang diterbangkan oleh Discovery. – AP