Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Teluk Ha Long – Kepulauan Cat Ba diiktiraf warisan semula jadi dunia UNESCO

    HANOI, 18 SEPT– Teluk Ha Long – Kepulauan Cat Ba di utara Vietnam telah diiktiraf sebagai warisan semula jadi dunia, menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Ini telah meningkatkan jumlah tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO di Vietnam kepada sembilan.

    Gelaran itu telah menjadikan Teluk Ha Long – Kepulauan Cat Ba, yang terletak di wilayah Quang Ninh dan Bandar Hai Phong, kawasan antara wilayah pertama di Vietnam yang disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

    Kelompok kepulauan itu, yang mempunyai kepelbagaian ekosistem pulau dan lautan, adalah rumah kepada pelbagai haiwan dan tumbuhan yang jarang ditemui, dan menempatkan hutan maritim terbesar di negara ini dengan keluasan lebih daripada 17,000 hektar, lapor

    Agensi Berita Vietnam, memetik Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan.

    Kepulauan Cat Ba dan Teluk Ha Long telah diiktiraf oleh UNESCO dengan gelaran-gelaran antarabangsa sebelum ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...