Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tema hari-hari kebesaran Islam dibincangkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah, hari ini, telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tema bagi setiap majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam bagi Tahun 1439H, tarikh dan tempat mengadakan majlis.

    Mesyuarat yang diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu turut membincangkan acara-acara iringan, lantikan ahli jawatankuasa bertindak, ahli jawatankuasa tertinggi serta ahli jawatankuasa kerja yang akan diadakan bersempena dengan hari-hari kebesaran Islam.

    Seperti lazimnya, mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan kertas kerja Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara yang akan diadakan sepanjang tahun 1439 Hijrah iaitu Majlis Sambutan Awal Tahun 1439 Hijrah, Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj dan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda