TUNIS – Satu hidangan stik yang digelar ‘Gril Panggang Kebebasan’ hanyalah satu-satunya hidangan yang sangat menonjol dalam menu restoran ‘Le Dictateur’ di ibukota Tunisia.
Enam tahun selepas revolusi negara Afrika Utara yang mencetuskan Arab Spring, ‘Le Dictateur’ telah bersaing dalam pasaran makanan di pinggir bandar Cite Ennasr yang mewah di Tunis.
“Kami terpaksa menonjolkan diri kami, perlu mendapatkan satu nama dan konsep yang dapat menarik perhatian kerana makanan yang sedap sahaja tidak mencukupi,” kata pemilik restoran, Seif Ben Hammouda.
“Kediktatoran adalah satu subjek tabu selama beberapa dekad, dan ia masih sangat relevan di sini kerana usaha berterusan dalam membawa kebebasan dan demokrasi,” kata usahawan tersebut yang berusia 30-an.
Berada di satu bahagian dinding bata, kelihata potret-potret termasuk Charlie Chaplin dan Adolf Hitler diletakkan di dinding sangkar restoran itu, mewujudkan suasana seperti sebuah penjara.


Joseph Stalin dan Melania Trump, isteri kepada presiden Amerika Syarikat, juga berada memenuhi bahagian mural di dinding rertoran tersebut. Gambar Presiden Rusia, Vladimir Putin juga terpapar di sana seperti melihat para pengunjungnya.
Tema penindasan memenuhi ruangan menu restoran itu, seperti hidangan istimewa mereka iaitu ‘Gril Panggang Kebebasan’, ‘Anarki’, ‘Tentangan’ dan ‘Pemberontakan’.
“Saya mahu memanfaatkan sepenuhnya erti kebebasan yang telah menjadi pencapaian utama revolusi,” kata pengurus restoran itu, yang kembali pulang dari Perancis pada tahun 2008, iaitu tempat beliau belajar mengenai bidang pemasaran dan pengurusan.
Tetapi beliau masih menunggu beberapa tahun selepas kejatuhan diktator Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, sebelum memulakan usaha beraninya dalam bahagian masakan.
Pada bulan Mac lalu, restoran itu telah membuka pintunya dengan nama yang sangat berani dan logo seperti seorang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, digabungkan dengan misai Hitler.
Pihak berkuasa Tunisia “sangat terganggu”, kata Ben Hammouda kepada AFP. Oleh itu beberapa pegawai perbandaran dan juga pejabat negeri turun padang melihat restoran ‘Le Dictateur’ bagi operasi pemeriksaan.
Sebab-sebab ianya diluluskan adalah kertas kerjanya dan keadaan restoran yang bersih.


Walau bagaimanapun, Ben Hammouda juga diminta untuk menukar nama dan logo penubuhannya – “untuk mengelakkan masalah”, atas nasihat dari seorang menteri.
Projek itu dianggap “agak mengejutkan,” kata Ben Hammouda.
Tetapi kekecohan mengenai restoran itu di media massa telah mengiklankan ‘Le Dictateur’ dan membawa keinginin para pengunjung.
“Kali pertama saya datang ke sini adalah untuk melihat bagaimana rupa bentuknya, restoran berkonsepkan ‘kuliner kediktatoran’ itu begitu menjejaskan pihak berkuasa,” kata Malek.
Beliau bercakap sebegitu apabila beliau mencuba hidangan salad ‘Rakyat’ dan pasta ‘Salazar’ yang dinamakan sempena diktator Portugal, Antonio de Oliveira Salazar.
‘Le Dictateur’ akhirnya diberi kebenaran untuk mengekalkan logo restorannya yang berani, selepas logo misai yang berada di muka seiras Kim itu dibuang.
“Saya sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana memberi publisiti percuma,” kata Ben Hammouda, yang menegaskan bahawa kualiti makanan tetap menjadi keutamaannya.
Pengunjung yang dating buat pertama kalinya, Chawki, merasa tidak sabar dengan merasai pengalaman dan makanan yang ditawarkan.
“Memikirkan mengenai diktator ini boleh menghilangkan selera anda. Saya berharap makanan itu enak,” katanya. – AFP