Teman gaduh kini ikat pertunangan

Bermula kawan baik hingga berputik perasaan cinta, pelakon, Dayana Roza, 29, mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin di Damai Glasshouse, petang kelmarin.

Majlis pertunangan berlangsung serba sederhana dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Ia juga diadakan serentak dengan ulang tahun kelahiran A’dale ke-33 tahun.

“Jika boleh kami mahu mempercepatkan hari bahagia. Kalau tiada aral melintang, majlis pernikahan akan berlangsung pada pertengahan Disember depan,” katanya.

Pelakon drama Lara Aishah dan Seadanya Aku itu berkata, “Kami memang berkawan rapat dan sering lepak. A’dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Tak sangka, jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini,” katanya. – Agensi

Dayana Roza mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan, baru-baru ini.