Temasya Diamond League London dibatalkan

LONDON, 12 MEI – Olahraga Britain mengesahkan hari ini bahawa temasya Diamond League London yang dijadualkan diadakan pada awal Julai telah dibatalkan disebabkan pandemik koronavirus.

Sukan Ulang Tahun dijangka berlangsung di Stadium London, yang menganjur Sukan Olimpik 2021 pada 4 hingga 5 Julai.

Ketua Olahraga UK Joanna Coates berkata: “Kami berasa amat kecewa untuk mengesahkan pembatalan salah satu acara utama dalam kalendar olahraga global.

“Namun kami mesti mengutamakan keselamatan seluruh warga olahraga dalam setiap keputusan yang kami ambil semasa pandemik dan memastikan kami mematuhi nasihat kerajaan.”

Musim Diamond League, yang dijadual bermula di Doha pada 17 April, telah terjejas akibat pandemik global, dengan enam acara pertama digantung. – AFP