SYDNEY, 10 MEI – Pakar ekologi memberi amaran bahawa kanggaru Australia boleh mati dalam jumlah yang membimbangkan jika peningkatan populasi haiwan tersebut dibiarkan sambil menyokong usaha pemusnahan berskala industri terhadap haiwan tersebut.
Bagi orang luar, kanggaru merupakan simbol hutan belantara Australia tetapi di dalam negara haiwan asli menimbulkan masalah alam sekitar yang besar.
Kanggaru mempunyai kitaran populasi cepat membiak apabila jumlah makanan haiwan tersebut meningkat setelah musim hujan, membolehkannya membiak hingga jumlah puluhan juta.
Gerombolan kanggaru boleh menghabiskan jumlah rumput yang banyak menyebabkan pakar ekologi, Katherine Moseby memberi amaran bahawa haiwan tersebut akan mati kebuluran apabila makanan kehabisan.
Moseby berkata cara paling baik untuk menyelamatkan kanggaru daripada nasib ini adalah dengan menembak haiwan itu, dan mengambil dagingnya sebagai satu cara untuk mengawal populasinya.
Kanggaru, walaupun dilindungi di Australia tetapi ia bukanlah spesies yang terancam dan ini bermakna ia boleh dibunuh tetapi kebenaran kerajaan adalah diperlukan. – AFP
