Tembak penyeludup dadah – Duterte

MANILA, FILIPINA, 1 SEPT – Presiden Filipina Rodrigo Duterte secara terbuka memerintahkan pegawai kastam tertinggi negara itu untuk menembak dan membunuh penyeludup dadah dalam ancaman tegasnya terhadap pesalah berkenaan dalam kempen antidadah empat tahun beliau menjadi presiden.

Duterte dengan tegas menafikan membenarkan pembunuhan di luar keadilan tetapi telah berulang kali dan secara terbuka mengancam pengedar dadah dengan kematian.

Dia dan polis kebangsaan negara itu, yang telah menerajui penguatkuasaan kempen antidadahnya, mengatakan bahawa kebanyakan suspek yang dibunuh oleh polis semasa kempen itu bertempur melawan dan mengancam nyawa penguat kuasa.

Duterte mengeluarkan arahan itu kepada Pesuruhjaya Biro Kastam Rey Leonardo Guerrero dalam pernyataan yang disiarkan oleh Kabinet mengenai wabak koronavirus malam, kelmarin.

Guerrero, seorang jeneral tentera yang sudah bersara dan bekas ketua pegawai tentera, tidak ada ketika Duterte bercakap, tetapi presiden itu mengatakan bahawa dia bertemu Guerrero dan dua pegawai lain pada Isnin lalu di istana presiden di Manila.

“Saya memberitahunya bahawa penyalahgunaan dadah masih dilihat berleluasa di negara ini. Saya ingin anda membunuh pesalah berkenaan … Jika ia berkaitan dengan dadah, maka tembak dan bunuh mereka,” tambahnya. – AFP