Tembakan ragut 2 jiwa, cederakan 3

MOSCOW, 14 NOV – Dua termasuk penyerang, maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kolej di bandar Far Eastern, Blagoveshchensk di Rusia, lapor agensi berita Sputnik.

Kementerian Dalam Negeri Rusia dalam satu kenyataannya hari ini berkata seorang lelaki memaklumkan mengenai kejadian itu kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan berlaku insiden tembak-menembak antara polis dengan penyerang.

“Penyerang kemudian bersembunyi di dalam sebuah bilik sebelum polis menemui mayat dua lelaki termasuk penyerang. Menurut laporan awal, tiga cedera dalam insiden berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Motif serangan sedang disiasat.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan pendapat antara rakan sekelas.” – Bernama