Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembakan sesat bunuh dua askar di Marawi

    MANILA, 13 Julai – Sebuah jet tentera Filipina secara tidak sengaja telah membunuh dua tentera dan mencederakan 11 yang lain ketika askar-askar bertempur untuk menawan semula bandar selatan dari kumpulan militan pro-Islamic State (IS), kata pihak tentera hari ini.

    Insiden yang berlaku kelmarin itu merupakan kali kedua askar telah terbunuh oleh sokongan udara mereka sendiri sejak pertempuran bermula di bandar Marawi hampir dua bulan lalu, kata jurucakap tentera Brigedier Jeneral Restituto Padilla.

    Tentera telah menyeru bagi serangan udara pada tengah hari ke atas sebuah bangunan tempat militan dipercayai bersembunyi, namun salah satu daripada empat bom yang digugurkan oleh jet pejuang FA-50 jatuh dekat, katanya kepada para wartawan.

    Tentera Filipina semasa bergerak untuk memerangi militan di Marawi selatan pulau Mindanao. – AFP
    Tentera Filipina semasa bergerak untuk memerangi militan di Marawi selatan pulau Mindanao. – AFP

    “Bom itu gugur di kawasan yang hampir dengan sebuah bangunan di mana beberapa anggota kami berada dan berikutan letupan itu telah mengakibatkan bangunan tersebut runtuh,” kata Padilla.

    “Serpihan yang gugur dari sebahagian struktur yang runtuh, jatuh menghempap anggota kami mengakibatkan kematian dua orang dan mencederakan 11 yang lain.”

    Pertempuran itu telah mengorbankan 92 askar dan polis, 392 militan dan 45 orang awam terkorban dalam masa 52 hari pertempuran, kata Padilla. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda