Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembikai premium Jepun dijual lebih AS$24,000

    TOKYO, 24 MEI – Ia mungkin bukanlah petunjuk baik pemulihan pasca-pandemik, namun dua biji tembikai premium Jepun berjaya dijual pada harga AS$24,800 pada jualan lelong, lebih 22 kali ganda berbanding harga semasa virus tahun lalu.

    Harga 2.7 juta yen pada lelongan musim pertama bagi tembikai terkenal Yubari masih lagi rendah berbanding rekod tinggi pernah dicatatkan sebelum ini.

    “Harga pemulihan tahun ini boleh dilihat sebagai satu cubaan pembeli untuk menggalakkan orang ramai meletakkan harga bidaan lebih tinggi,” kata pegawai pasaran borong memberitahu AFP. Pembida berjaya merupakan sebuah syarikat pengilang makanan anak damit tempatan, yang presidennya mengatakan, pembeliannya diharap dapat membawa sedikit keceriaan. “Meskipun masih banyak berita negatif, saya harap ia boleh membuatkan orang ramai tersenyum dan melupakan sejenak pandemik koronavirus,” katanya memberitahu penyiar kebangsaan NHK. – AFP

    Seorang lelaki menunjukkan dua biji tembikai Yubari yang dijual pada harga AS$24,800 semasa musim pertama lelongan di Pasar Borong Pusat Sapporo di Bandar Sapporo, Hokkaido, 24 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda