Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Temburong zahirkan taat setia

Oleh Sim Y. H & Yusrin Junaidi

Gambar Oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

BANGAR, 20 Julai – Cuaca panas terik tidak menjadi penghalang dan mematahkan semangat ribuan penduduk Daerah Temburong yang keluar serta berkumpul dari awal pagi lagi kerana ingin menjunjung keberangkatan dan menyampaikan ucapan menjunjung kasih serta taat setia kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, yang berkenan berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Temburong.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malek dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Daerah Temburong adalah yang kedua setelah Daerah Tutong, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-71 tahun bagi majlis junjung ziarah bersama-sama rakyat.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -