Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempahan dos ketiga kini bermula

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Tempahan bagi vaksinasi dos ketiga (dos penggalak) melalui aplikasi BruHealth akan dibukakan 22 Disember bermula jam 12 tengah hari.

    Pengumuman tersebut disam-paikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Ianya adalah susulan sidang media Kementerian Kesihatan pada 13 Disember 2021 mengenai pemberian dos ketiga kepada orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas dan yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi.

    “Orang ramai yang ingin membuat tempahan dos ketiga hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan aplikasi BruHealth masing-masing melalui Google Play Store atau App Store bagi membolehkan tempahan untuk dibuat,” jelas Yang Berhormat Dato.

    “Slot vaksinasi dos ketiga ini dibukakan mulai dari 23 Disember 2021,” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato menekankan bahawa pemberian dos ketiga secara walk-in adalah masih dibukakan untuk golongan warga emas, ibu-ibu mengandung dan orang kelainan upaya (OKU) sahaja.

    Beliau turut mengongsikan pada masa ini, pemberian dos ketiga atau dos penggalak di Negara Brunei Darussalam adalah menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna, tertakluk kepada stok yang terdapat di pusat vaksinasi berkenaan.

    “Kajian saintifik mendapati penggunaan kedua-dua jenis vaksin ini sebagai dos ketiga atau dos penggalak adalah berkesan dan selamat untuk mempertingkatkan imuniti dalam badan dan memberikan perlindungan daripada jangkitan COVID-19, tanpa mengira jenis vaksin asal yang diterima sebagai dos pertama dan dos kedua,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Muiz Matdani

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda