Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempahan vaksinasi pekerja: Syarikat diminta patuhi syarat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Syarikat-syarikat tempatan yang ingin membuat tempahan vaksinasi bagi pekerja-pekerja mereka iaitu sama ada warga tempatan atau warga asing pada setiap hari Ahad di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Syarat-syarat berkenaan, menurut Kementerian Kesihatan ialah tempahan hendaklah dibuat melalui aplikasi WhatsApp sahaja ke nombor-nombor tertentu iaitu bagi Slot 1 dari pukul 2 petang hingga 4 petang di talian 8129148, Slot 2 dari pukul 4 petang hingga 5 petang di talian 8139148, Slot 3 dari pukul 5 petang hingga 7 malam di talian 8189148 dan Slot 4 dari pukul 7 malam hingga 8 malam di talian 8146148.

    Syarikat-syarikat berkenaan juga boleh menghantar e-mel kepada vacc.comp@moh.gov.bn, perkhidmatan itu adalah khusus bagi para pekerja di syarikat-syarikat tempatan sama ada warga tempatan atau warga asing sahaja dan tempahan akan ditutup jika slot tempahan penuh.

    Tempahan yang berjaya dibuat akan menerima WhatsApp dengan tempahan slot dan nombor giliran (body number) dalam tempoh 24 jam dari hari membuat tempahan serta individu yang membuat tempahan akan diberikan pautan (website link) kepada Google Form untuk mengisikan maklumat yang diperlukan.

    Maklumat yang diperlukan semasa membuat tempahan slot adalah nama penuh, nama syarikat, nombor kad pengenalan pintar (I.C.) atau pasport, nombor Bru-HIMS (jika ada), warganegara pemohon dan nombor telefon yang mudah dihubungi.

    Kementerian Kesihatan menyatakan lagi bahawa mana-mana individu yang tidak mempunyai BruHealth atau Bru-HIMS semasa membuat tempahan, mereka akan diaturkan untuk menjalani ujian swab ART sebelum divaksinasi.

    Waktu operasi bagi perkhidmatan vaksinasi berkenaan yang bertempat di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup adalah dari pukul 2 petang hingga 8 malam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda