Tempat perlindungan pelarian terbakar di Greece

PULAU LESBOS, 8 MAC – Kejadian kebakaran telah meranapkan bangunan penempatan mangsa pelarian di Pulau Lesbos kelmarin ketika Greece membuat pengumuman untuk meningkatkan sekatan ke atas para pelarian dalam tindak balas terhadap pertambahan penghijrahan yang dibenarkan Turki.

Kebakaran yang berlaku di One Happy Family, sebuah pusat penjagaan keluarga bagi pelarian yang dikendalikan oleh Switzerland, yang terletak d luar bandar pulau tersebut, terjadi sejurus kekacauan berlaku pada hujung minggu yang disasarkan ke atas kumpulan perubatan dan jurnalis di Lesbos.

“Bangunan sekolah mengalami kerosakan teruk, kami tidak akan bercakap dengan lebih lanjut,” sebuah sumber daripada operator memberitahu AFP.

“Pasukan bomba sudah berada di sana, dan pasukan kami berada di bawah,” tambah beliau.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

Lebih dari 1,700 pelarian telah mendarat di Lesbos dan empat Pulau Aegean yang lain dari Turki dalam beberapa minggu kebelakangan, menambah kepada 38,00 orang pelarian yang telah bersesak-sesak di pusat-pusat pelarian.

Dengan julah pelarian yang melonjak telah meningkatkan lagi ketegangan di Lesbos, pulau yang telah menjadi destinasi pelarian sejak beberapa tahun kebelakangan.

Kekecewaan bertukar menjadi keganasan minggu lalu dengan rusuhan menutup jalan-jalan raya dan kereta-kereta yang membawa pekerja-pekerja NGO diserang dan jurnalis dipukul.

Kelmarin, menteri penghijrahan memberitahu pelan untuk membina dua kem baharu pelarian yang akan siap pada selepas 1 Mac, apabila Turki mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghalang mereka dari mencuba memasuki Eropah. – AFP