Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tempat persinggahan di lebuh raya masih dibincangkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membincangkan dan memikirkan mengenai tempat-tempat persinggahan di lebuh raya di negara ini bersama-sama dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur.

    Beberapa tapak telah dikenal pasti di sepanjang lebuh raya utama, Lebuh raya Muara-Belait di mana ia melibatkan penyediaan tapak luas yang strategik yang dijangka menawarkan perkhidmatan untuk pengguna jalan raya seperti stesen minyak, tempat berehat, gerai, restoran, surau, tandas dan sebagainya.

    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid mengongsikan perkara itu bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mengenai isu ketiadaan tempat-tempat rehat di sepanjang lebuh raya Belait, Tutong serta Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Dato Menteri Pembangunan seterusnya menerangkan bahawa ia juga memerlukan peruntukan bagi menyediakan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan laluan jalan dan seumpamanya.

    Walau bagaimanapun, ujarnya lagi, perkara berkenaan pada ketika ini adalah masih dalam peringkat perbincangan dan cetusan idea di mana perbincangan itu akan terus dilakukan dengan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika menjawab persoalan yang diajukan semasa mesyuarat tersebut.- Gambar oleh Infofoto

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...