Tempat tinggal pekerja antara punca kluster

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Mengikut pemantauan semasa yang dijalankan, kebanyakan kluster yang semakin bertambah itu adalah disebabkan pekerja-pekerja yang tinggal di tempat penginapan yang sama.

“Jadi risiko pelanggan menjangkiti pekerja kedai atau dari restoran kepada pelanggan memang ada namun tidak banyak cuma kebanyakan kluster berpunca dari tempat bekerja dan tempat tinggal yang sama,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab soalan mengenai kes-kes yang melibatkan pekerja restoran, makanan segera dan kedai roti itu telah dijangkiti oleh pelanggan atau sesama pekerja sendiri, pada yang sidang media, hari ini.

Yang Berhormat Dato juga menjelaskan kebanyakan kluster-kluster kedai dan restoran itu meningkat adalah disebabkan mereka berkumpul pada satu tempat terutama tempat tinggal atau kediaman yang membolehkan mereka menjangkiti antara satu sama lain.