Tempias Piala Negara-Negara Afrika

LONDON, 10 Jan – Manchester United dan Liverpool masing-masing kehilangan pemain utama tetapi dalam Liga Perdana Inggeris Leicester City merupakan pasukan yang mengalami kesulitan paling besar semasa Kejohanan Piala Negara-negara Afrika.

Ketika bek tengah United Eric Bailly dipanggil Ivory Coast, Liverpool telah kehilangan pemain lincah Senegal Sadio Mane dan Leicester pula terpaksa menyerahkan Riyad Mahrez, Islam Slimani dan Daniel Amartey.

Leicester yang menduduki tangga ke-15 liga berjuang untuk mengelak daripada diheret ke dalam zon penyingkiran dan bek kiri Christian Fuchs berkata, peluang ini masa untuk pemain simpanan membuktikan nilai mereka.

“Mereka pemain yang sangat penting kepada kami. Kami boleh bercakap bagaimana ia menjejaskan kami dan menjadikan kami lemah, tetapi ini adalah masa untuk pemain lain meningkat dan menunjukkan mereka juga diperlukan,” Fuchs memberitahu akhbar tempatan Leicester Mercury.

Mahrez, 25, dinamakan sebagai Pemain Terbaik Afrika minggu lalu atas peranannya dalam kemenangan Leicester berjaya menjulang trofi Liga Perdana, telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik England musim lalu.

(Dari kiri ke bawah) Trio Leicester Daniel Amartey, Slimani dan Mahrez. Leceister merupakan pasukan PL yang paling terjejas dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika kerana pemain utama mereka ini dipanggil untuk menggalas tugasan kebangsaan dalam kejohanan terbesar di benua itu. - Ap/AFP
(Dari kiri ke bawah) Trio Leicester Daniel Amartey, Slimani dan Mahrez. Leceister merupakan pasukan PL yang paling terjejas dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika kerana pemain utama mereka ini dipanggil untuk menggalas tugasan kebangsaan dalam kejohanan terbesar di benua itu. – Ap/AFP

Walaupun prestasi beliau nampak menurun musim ini tetapi pemain sayap lincah Algeria itu kekal sebagai tonggak utama Leicester dengan menjaringkan tujuh gol dalam semua pertandingan, sekali gus penjaring terbanyak kelab.

Beliau disertai Slimani dalam skuad Algeria yang telah menjaringkan enam gol sejak beliau menyertai kelab dengan rekod perpindahan 29 juta pound (AS$35 juta) dari Sporting Lisbon.

Melengkapkan pemerintahan bertiga ini adalah midfield Ghana Amartey tetapi rakan senegaranya Jeff Schlupp kekal di bawah budi bicara pengurus Leicester Claudio Ranieri selepas hilang daripada pilihan Avram Grant.

Ketika ketiadaan ketiga-tiga mereka benar-benar dirasai, Ranieri boleh menganggap dirinya bernasib baik kerana Nigeria bukanlah antara 16 pasukan yang akan beraksi di Gabon.

Penyerang Nigeria Ahmed Musa menjaringkan dua gol Leicester untuk bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Everton 2-1 pada Piala FA Sabtu lalu dan rakan antarabangsanya Wilfred Ndidi baru sahaja tiba dengan perpindahan 15 juta pound dari Genk.

Pemergian Bailly meninggalkan Manchester United rapuh pada bahagian pertahanan tengah, terutama selepas Marcos Rojo mengalami kecederaan semasa kemenangan 4-0 Piala FA ke atas Reading Sabtu lalu.

Kelibat Mane akan dirindui Liverpool selepas menjaringkan sembilan gol sejak tiba dari Southampton untuk membantu pasukan Jurgen Klopp mendaki ke tempat kedua dalam jadual.

Pemimpin liga Chelsea yang sering meratapi pedih tempias Afrika Piala Negara-Negara Afrika pada masa lalu kerana memiliki bintang seperti Didier Drogba, Michael Essien dan Salomon Kalou tersasar rentak pada pertengahan musim.

Liverpool pula merasai ketiadaan Sadio Mane. – AFP
Liverpool pula merasai ketiadaan Sadio Mane. – AFP

Tetapi dengan pemain Nigeria Victor Moses satu-satunya pemain Afrika dalam skuad utama Antonio Conte, mereka benar-benar terjejas dengan edisi terkini kejohanan.

Yaya Toure telah bersara daripada tugasan Ivory Coast dan Nigeria Kelechi Iheanacho pula tidak layak, Manchester City tidak berada dalam keadaan yang sama.

Tersingkirnya Kenya bermakna Tottenham Hotspur akan mengekalkan khidmat Victor Wanyama dan Arsenal pula hanya kehilangan pemain simpanan dari Mesir Mohamed Elneny.

Everton juga hanya melepaskan seorang pemain, tetapi pemain tengah Senegal Idrissa Gueye telah menjadi pemain penting selepas beralih dari Aston Villa.

Pengurus Crystal Palace Sam Allardyce akan menangisi keputusan pemain sayap Wilfried Zaha menukar kesetiaan dari England kepada Ivory Coast selepas kehilangan Bakary Sako kepada Mali.

Stoke City kehilangan tiga pemain – Wilfried Bony (Ivory Coast), Ramadan Sobhi (Mesir) dan Mame Biram Diouf (Senegal) – dan West Ham United perlu beraksi tanpa Cheikhou Kouyate (Senegal) dan Andre Ayew (Ghana).

Kejohanan ini boleh mempunyai kesan yang besar kepada pasukan corot. Sunderland akan terlepas Lamine Kone (Ivory Coast), Didier N’Dong (Gabon) dan Wahbi Khazri (Tunisia), manakala kelab tercorot Hull City kini tanpa Ahmed Elmohamady (Mesir) dan Dieumerci Mbokani (DR Congo). – AFP