Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Tempoh kuarantin hanya 5 hari di Jerman

    BERLIN, 4 MEI – Mereka yang dijangkiti COVID-19 di Jerman kini hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari, kata Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach pada Selasa.

    Sebelum ini mereka yang dijangkiti perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.

    Menurut Lauterbach, kuarantin wajib hanya terpakai kepada mereka yang dijangkiti tidak termasuk kontak rapat, lapor Xinhua.

    Kes COVID di Jerman pada Selasa terus menunjukkan trend penurunan iaitu 632.2 jangkitan bagi setiap 100,000 rakyat manakala jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam turun kepada 113,522. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...