LONDON, 28 OGOS – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menegaskan bahawa dia mahu Cristiano Ronaldo kekal di Old Trafford meskipun pemain bintang itu tidak memulakan permainan dalam dua perlawanan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.
Ronaldo memulakan perlawanan untuk Manchester United dari bangku simpanan semasa kemenangan 1-0 di Southampton kelmarin dan dimasukkan pada separuh masa kedua.
Penyerang Portugal itu mendesak agar dia dijual sejak penghujung musim lalu selepas United gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini.
Tetapi Ronaldo gagal untuk menarik minat dari pasukan-pasukan besar Eropah, dengan laporan terkini mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke bekas pasukannya, Sporting Lisbon, serta Napoli dan Marseille.
Bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak United, tetapi pasukan Ten Hag dilihat lebih berbisa tanpa pemain itu, dengan menewaskan Liverpool dan Southampton sejak dia digugurkan susulan kekalahan memalukan 4-0 di tangan Brenford.
Namun, Ten Hag masih memerlukan Ronaldo dengan berkata, “Kami akan bermain bersamanya. Jadi kami mahu di kekal. Itulah yang kami mahukan dan saya berharap begitu.” – AFP