BEIJING, 17 April – Intensiti tenaga China, jumlah tenaga yang digunakan bagi setiap unit KDNK, menurun 3.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, menurut Biro Perangkaan Negara, hari ini.
Penurunan ini adalah lebih cepat daripada sasaran yang ditetapkan dalam laporan kerja kerajaan bulan lalu bahawa penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK perlu dipotong sekurang-kurangnya 3.4 peratus pada tahun 2017.
Penggunaan tenaga China bagi setiap unit KDNK jatuh sebanyak 5 peratus pada tahun lalu, menurut laporan itu.
Jumlah penggunaan tenaga China akan dihadkan kepada 5 bilion tan arang batu bersamaan pada tahun 2020, menurut pelan kerajaan untuk 2016 hingga tahun 2020.
Jumlah tersebut akan me angkumi kepada pengurangan 15 peratus penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK menjelang 2020. – Xinhua