Tenang, sabar walau rasa kehilangan
KEHILANGAN orang tersayang adalah perkara yang sangat menyedihkan. Bagi yang pernah melaluinya ia diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke batu, berat dan menyakitkan. Ada pula mengandaikan dunia menjadi gelap-gelita lantaran tidak mampu menanggung kesedihan. Walaupun pelbagai cara dilakukan bagi meredakan kesedihan ini, namun ia sesuatu yang sukar dan mengambil masa. Mungkin sebulan, tiga bulan, enam

























