Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tenangkan diri di Six Senses Koh Krabey

    KEMBOJA – Rancang perjalanan awda ke tempat peranginan di Six Senses Koh Krabey yang terletak hanya 15 minit dari pantai Kemboja dari Ream di wilayah Preah Sihanouk.

    Di sana awda boleh merasai percutian musim panas yang menyegarkan dan meningkatkan semangat di mana ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

    KESEJAHTERAAN, KESEGARAN DAN KEMEWAHAN

    Di Six Senses Koh Krabey, kesihatan diutamakan dan diterima sebagai kemewahan yang terbaik. Konsep Grow with Six Senses menyegarkan setiap deria pengunjung, menawarkan peluang unik untuk mengubah persepsi.

    RITUAL KETIBAAN YANG UNIK

    Apabila tiba di pulau tropika itu awda dijemput untuk mengambil bahagian dalam upacara istimewa, menawarkan air ke pokok Bodhi berhampiran Jetty Lounge. Ia membolehkan tetamu berhubung dengan persekitaran pulau dan menerima tenaga positif alam semula jadi.

    VILA KOLAM RENANG YANG TENANG

    Manjakan diri dalam ketenangan terdapat pada vila yang mempunyai 40 buah kolam renang dengan reka bentuk kontemporari. Tempat percutian yang luas dan selesa itu digabungkan terus dengan hutan tropika, memberikan rasa harmoni dengan alam semula jadi. Tingkap-tingkap besar vila menawarkan pemandangan yang menakjubkan, dan setiap vila dilengkapi dengan pengurus pengalaman pengunjung (GEM) khusus untuk memastikan setiap penginapan adalah luar biasa.

    Six Senses Koh Krabey terletak di wilayah Preah Sihanouk. – The Korea Herald
    Gambar oleh The Korea Herald
    Gambar oleh The Korea Herald
    Gambar oleh The Korea Herald
    Gambar oleh The Korea Herald

    PROGRAM KESIHATAN HOLISTIK

    Pupuk kesejahteraan dengan program kesihatan peribadi dan holistik Six Senses. Para pengunjung boleh mengalami yoga udara dan bunyi-bunyian yang meyenangkan, atau mencipta lulur badan mereka sendiri menggunakan bahan organik di Alchemy Bar.

    Pendekatan inovatif Six Senses Integrated Wellness bermula dengan perundingan pemeriksaan kesihatan untuk menyesuaikan program berdasarkan keperluan dan matlamat pengunjung.

    TEROKAI ALAM SEMULA JADI

    Temui keindahan 12 hektar hutan yang subur dan asli di Koh Krabey yang bermaksud Pulau Kerbau. Temui fauna yang menarik seperti tenggiling, biawak dan burung enggang.

    Komitmen Six Senses terhadap keramahan alam sekitar bebas plastik, dengan udara bersih dan pencemaran cahaya yang minimum untuk melihat bintang pada waktu malam.

    LAWATAN DAN PENGALAMAN

    Sertai lawatan untuk menyaksikan bagaimana Six Senses Koh Krabey dan persekitarannya dipelihara. Lawati Earth Lab untuk mengetahui tentang amalan kitar semula inovatif eko resort, penciptaan produk semula jadi, pembotolan air dan penyingkiran sisa. Di Six Senses Koh Krabey, sikap mesra alam dan tanggungjawab dari segi sosial diutamakan, bertujuan untuk mengubah persepsi semasa pada setiap penginapan. – The Phnom Penh Post

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda