Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tencent peroleh lesen permainan video

    BEIJING, 18 NOV – China telah memberikan lesen pertama kepada syarikat gergasi teknologi Tencent untuk permainan video dalam 18 bulan, sekali gus menamatkan peraturan ketat yang menggugat kedudukannya sebagai pengeluar permainan terkenal di dunia.

    Beijing bertindak keras ke atas syarikat teknologi besar dalam sektor permainan negara pada tahun lalu, termasuk mengenakan had masa maksimum yang boleh diluangkan oleh kanak-kanak untuk bermain permainan video.

    Pegawai juga membeku kelulusan judul baharu selama sembilan bulan sehingga April.

    Badan pengawal permainan China, Pentadbiran Percetakan dan Penerbitan Negara, berkata semalam ia telah meluluskan 70 judul baharu pada November, termasuk permainan aksi Tencent ‘Metal Slug: Awakening’ dan permainan lakon peranan ‘Journey to the West: Return’ oleh pesaing NetEase.

    Lesen permainan adalah mandatori untuk permainan video yang disiarkan dan dijual di pasaran China.

    Kali terakhir Tencent memperoleh lesen adalah pada Mei 2021. Sebuah anak syarikat Tencent menerima lesen pada September tetapi ia adalah untuk permainan pendidikan percuma.

    Saham dalam syarikat yang disenaraikan di Hong Kong itu meningkat 0.5 peratus dalam perniagaan awal hari ini selepas pengumuman, sementara NetEase meningkat lima peratus.

    Kelulusan itu menandakan pelonggaran peraturan ketat yang dikenakan oleh China ke atas syarikat teknologi. – AFP

    Gambar fail menunjukkan ibu pejabat Tencent di Shenzhen di selatan wilayah Guangdong, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...