Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Tengkorak fosil ikan paus ditemui di Maryland

WASHINGTON, 20 JAN – Tengkorak fosil ikan paus yang dianggarkan berusia sekitar 12 juta tahun telah ditemui di sebuah pantai di Teluk Chesapeake di Maryland, menurut sebuah muzium tempatan.

Penemuan itu dibuat pada bulan Oktober lalu oleh seorang lelaki dari Pennsylvania, Cody Goddard, yang sedang mencari fosil dan gigi ikan jerung, menurut Muzium Laut Calvert dalam satu kenyataan.

“Ia rasa seperti kami telah menang Piala Dunia Paleontologi!” kata Stephen Godfrey, kurator paleontologi di muzium di negeri timur Amerika Syarikat (AS).

“Kami belum tahu spesies ikan paus balin Miocene yang ini,” katanya. “Kami hanya akan tahu selepas ia disatukan.”

Muzium itu menyatakan ia mengambil masa dua bulan untuk mengeluarkan dan memindahkan kerangka, yang terkandung dalam blok sedimen yang keras dan mempunyai berat sekitar 295 kilogram.

Ia merupakan kerangka fosil ikan paus yang paling lengkap yang pernah ditemui di kawasan Calvert Cliffs, menurut muzium, dan telah diberi nama ‘Cody’ untuk penemuannya.

Godfrey berkata kerangka itu telah dipindahkan ke Makmal Persiapan Fosil muzium tersebut dan alat khusus akan digunakan untuk menyingkirkan sedimen yang menyelaputi kerangka berkenaan, proses yang akan mengambil masa beberapa bulan. – AFP

Gambar fail yang tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Muzium Laut Calvert menunjukkan ahli muzium menemui tengkorak paus balin berusia 12 juta tahun di kawasan Calvert Cliffs, Maryland. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -