Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Tengku Amir Shah kesal situasi semasa Selangor FC

    KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dengan situasi semasa Selangor FC dan berapa insiden melibatkan skuad Gergasi Merah itu ketika ini.

    Tengku Amir yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertitah ramai yang membuat tanggapan serta dakwaan tidak tepat berkenaan penglibatan baginda dalam pengurusan Selangor FC.

    Baginda menegaskan tidak semestinya setiap gerak kerja baginda bersama Selangor perlu dipertontonkan di laman media sosial.

    “Untuk pengetahuan semua, setiap keputusan teknikal dan pengurusan kelab yang penting adalah berteraskan hala tuju yang telah Beta tetapkan dan berasaskan perkenan daripada Beta sendiri.

    “Keputusan-keputusan ini dibuat berdasarkan pemerhatian Beta dan juga melalui siri perbincangan terperinci bersama Pengarah Sukan, Ahli Lembaga Pengarah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...