Tenis: Kerber hadapi tekanan dengan tenang

BRISBANE, Australia, 1 Jan – Pemain Jerman Angelique Kerber (gambar) berkata kelmarin beliau merasa seronok menghadapi tekanan tatkala pemain tenis kedudukan teratas dunia itu bersiap untuk memulakan aksi musim 2017.

Bercakap menjelang perlawanan Antarabangsa Brisbane, Kerber mengakui dia akan berada di bawah tekanan yang lebih pada tahun 2017 sebagai pemain nombor satu dunia tetapi tidak membiarkan ia menjadi halangan.

“Saya fikir ia akan menjadi tahun yang sama sekali berbeza daripada 2016,” katanya.

“Terdapat banyak cabaran yang saya ada sekarang, dan saya fikir saya sudah bersedia. Sudah tentu tekanan adalah di sana tetapi ia adalah tekanan yang berbeza sekarang.”

Kerber berkata beliau pada mulanya terkejut dengan perhatian yang diterimanya sejak meraih kedudukan nombor satu dunia pada September lalu.

“Perkara yang paling besar adalah bahawa saya mempunyai begitu banyak perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

“Ia adalah satu perkara yang benar-benar besar di sini, di Jerman dan di mana-mana, sehingga mengejutkan.. Saya masih menikmatinya”

Kerber meraih satu kejayaan pada tahun 2016, memenangi dua Grand Slam dalam perjalanannya untuk meraih kedudukan nombor satu. – AFP