Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tentera AS diarah bayar mangsa tembakan AS$230j

    HOUSTON, 8 FEB – Seorang hakim persekutuan semalam memerintahkan Tentera Udara AS membayar ganti rugi lebih AS$230 juta kepada mangsa yang terselamat dan keluarga mangsa kejadian tembakan di gereja Texas pada 2017, lapor Xinhua.

    Dalam satu saman sivil yang masih dibicarakan, Hakim Daerah AS, Xavier Rodriguez memutuskan bahawa kerajaan persekutuan gagal membentangkan sabitan awal yang mungkin menghalang lelaki bersenjata itu daripada membeli secara sah senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

    Dua puluh enam orang terbunuh dan 22 yang lain cedera apabila Devin Patrick Kelley melepaskan tembakan semasa satu upacara keagamaan pada Ahad di First Baptist Church of Sutherland Springs. Kelley meninggal dunia akibat cedera parah selepas menembak diri sendiri selepas itu.

    Rodriguez memutuskan pada Julai bahawa Tentera Udara AS ‘bertanggungjawab 60 peratus’ atas tragedi itu berikutan Kelley, sebelum serangan itu telah mengancam untuk melakukan keganasan besar-besaran semasa berada dalam Tentera Udara. Keputusan itu memihak kepada mangsa dan keluarga mereka yang percaya pembunuhan beramai-ramai itu boleh dicegah jika Tentera Udara menyerahkan sabitan serangan Kelley kepada pangkalan data negara.

    Ahli keluarga dan mangsa meminta sekitar AS$418 juta dan kerajaan persekutuan pada asalnya hanya sanggup membayar kira-kira AS$31.8 juta.

    Kerajaan Persekutuan mempunyai 10 hari untuk memfailkan bantahan terhadap kes itu, lapor media tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...