Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tentera bakar ratusan kediaman

    BANGKOK, 6 FEB – Penduduk kampung dan pejuang antirampasan di Myanmar menuduh tentera membakar ratusan rumah di bahagian barat laut negara itu, ketika junta cuba menewaskan penentang yang cuba melawan pemerintahan.

    Bantahan besar-besaran menentang rampasan kuasa pada tahun lalu telah menyebabkan pihak tentera mengambil tindakan keras, dan keganasan merebak di seluruh Myanmar ketika orang awam menubuhkan ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ (PDF) untuk melawan junta.

    Seorang wanita dari perkampungan Bin di wilayah Saging, yang baru-baru ini menyaksikan pertempuran, berkata tentera tiba pada awal pagi pada Isnin.

    “Mereka melepaskan tembakan dan artileri sebelum datang ke mari,” katanya pada Jumaat, dan menambah bunyi tembakan telah mengakibatkan penduduk melarikan diri.

    Pihak tentera kemudian membakar kira-kira 200 buah rumah, termasuk kediamannya, katanya, yang namanya tidak ingin didedahkan.

    “Kami tidak dapat menyelamatkan apa-apa. Kami hanya membawa pakaian sejuk dan kemudian terus melarikan diri.”

    “Pihak tentera turut membakar rumah di perkampungan berhampiran Inn Ma Hte selepas seorang penduduk militia pro-junta diserang oleh pejuang anti rampasan kuasa yang melarikan diri, menurut salah seorang daripada pemberontak.

    “Apabila PDF meninggalkan kampung mereka, pihak tentera memusnahkannya,” kata pejuang, dan menambah kira-kira 600 buah rumah telah dibakar.

    Media tempatan turut melaporkan ratusan tempat tinggal telah dimusnahkan di dua buah perkampungan dan imej yang didapatkan oleh AFP menunjukkan peninggalan puluhan bangunan yang musnah dibakar di perkampungan Bin. – AFP

    Rumah-rumah musnah akibat dibakar oleh pihak tentera di wilayah Saging. Penduduk mendakwa pihak tentera membakar sekurang-kurangnya 200 buah rumah bagi menghapuskan pejuang anti rampasan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...