Tentera cedera letupan berganda di selatan Filipina

MANILA, 13 OGOS – Letupan berganda yang menggegar sebuah perkampungan terpencil di selatan Filipina hari ini telah menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah.

Agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Brigidier Jeneral Marni Marcos, Pengarah Polis Serantau Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM), bahawa mangsa yanag cedera terkena letupan kedua semasa menjaga lokasi letupan pertama di Igasan, sebuah kampung di pekan Patikul dalam wilayah Sulu. – Bernama