Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera dikerah banjir di Kanada

    OTTAWA, 7 Mei – Timur Kanada terjejas dengan banjir apabila hujan lebat turun awal hari ini, ketika tentera dikerahkan untuk membantu memindahkan penduduk menjelang kemuncak kejadian banjir yang dijangka berlaku dalam masa beberapa hari.

    Hujan lebat dengan kejadian salji yang mencair mengakibatkan sungai-sungai melimpahi tebing, mencetuskan keadaan kritikal dari Ottawa sehingga Montreal.

    Keadaan lebih buruk akan berlaku, Perdana Menteri Quebec, Philippe Coulliard memberi amaran semalam.

    “Paras air akan terus meningkat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” katanya selepas mengunjungi bandar Riguad, ke timur Montreal, yang dibanjiri selama lebih dari seminggu.

    Paras air terus meningkat di seluruh kawasan sekitar 500 kilometer dari Toronto dan Tasik Ontario dan sepanjang sungai St Lawrence.

    Banjir teruk berlaku di wilayah Quebec, di mana sekitar 400 orang tentera telah dihantar.

    Ia bermakna paras air adalah tinggi bagi sekitar 500 kilometer, dari Toronto dan Tasik Ontario (Toronto terletak di Tasik Ontario) dan membawa ke hilir.

    “Tentera kami memberikan respons dengan segera dan profesional dan sudah mula menghantar bantuan kritikal kepada rakyat Kanada yang terjejas akibat banjir,” kata Menteri Pertahanan, Harjit Sajjan.

    Perkhidmatan kecemasan memberi amaran kenaikan paras air akan mencapai rantau timur Montreal, di mana kelajuan pada malam ini boleh mencecah di antara 90 dan 125 milimeter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda