Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tentera dikerah luar pejabat presiden

    COLOMBO, 8 JULAI – Beribu-ribu anggota tentera dikerah di ibu kota Sri Lanka hari ini menjelang perhimpunan yang dirancang untuk mendesak presiden, Gotabaya Rajapaksa agar berundur.

    Sri Lanka mengharungi krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan 22 juta orang penduduk negara itu turut dihimpit dengan inflasi, terputus bekalan elektrik berpanjangan, dan kekurangan bekalan minyak serta barang-barang keperluan lainnya sejak awal tahun ini.

    Tunjuk perasaan diadakan selama berbulan-bulan dan berkhemah di luar pejabat presiden di Colombo menuntut agar beliau meletak jawatan kerana salah pengurusan ekonomi.

    Anggota tentera membawa senjata raifal dikerahkan ke Colombo untuk memberikan sokongan kepada pasukan polis yang mengawal kediaman rasmi Rajapaksa, di mana pembantah antikerajaan berikrar untuk menyerbu pada Sabtu.

    “Operasi melibatkan hampir 20,000 anggota tentera dan polis telah dikerahkan pada sebelah petang,” menurut pegawai tinggi pertahanan memberitahu AFP. “Kami berharap bantahan esok tidak akan bertukar ganas.”

    Dia berkata lebih ramai anggota tentera telah dikerahkan ke ibu kota dari wilayah-wilayah lain selepas tiga orang juri enggan mengelar pembantah pada Sabtu sebagai penjahat.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyeru pihak berkuasa Sri Lanka dan para pembantah untuk memastikan demonstrasi pada Sabtu nanti diadakan secara damai.

    “Kami menyeru pihak berkuasa Sri Lanka untuk menunjukkan kelonggaran dalam dasar perhimpunan dan memastikan setiap usaha yang berpatutan bagi mengelak keganasan,” kata Pejabat Suruhanjaya PBB bagi Hak Asasi Manusia.

    Sembilan orang terbunuh dan ratusan lagi cedera apabila pertelingkahan tercetus di seluruh negara selepas penyokong Rajapaksa menyerang pembantah aman di luar pejabat presiden pada Mei. – AFP

    Anggota polis melepaskan bom air untuk meleraikan penunjuk perasaan di luar pejabat presiden Sri Lanka pada 6 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...