Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Tentera diketuai Rusia akan tinggalkan Kazakhstan’

    NUR-SULTAN, 11 JAN – Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, hari ini, berkata kontinjen tentera diketuai Russia akan meninggalkan negaranya dalam masa dua hari, dengan penarikan keluar yang mengambil masa tidak lebih 10 hari.

    “Misi utama pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) berjaya diselesaikan. Dalam masa dua hari, penarikan berperingkat kontinjen pengaman bersatu CSTO akan bermula.

    “Proses penarikan balik kontinjen mengambil masa tidak lebih 10 hari,” katanya dalam sidang video yang disiarkan secara langsung kepada kerajaan dan parlimen.

    CSTO menghantar lebih 2,000 tentera ketika kemuncak krisis minggu lalu, selepas berlakunya pertempuran bersenjata antara penentang kerajaan dan pasukan keselamatan serta penjarahan, menyebabkan sebahagian bandar terbesar, Almaty hampir musnah.

    Kassym-Jomart juga dilihat mengukuhkan lagi kedudukannya, dengan menyokong pemangku Perdana Menteri, Alikhan Smailov untuk memegang jawatan itu secara tetap, pencalonan yang mendapat sokongan sebulat suara ahli parlimen hari ini.

    Kazakhstan berdepan pergolakan minggu lalu, berpunca daripada protes aman kenaikan harga tenaga di barat negara itu, meragutn puluhan nyawa, sebagai percubaan rampasan kuasa yang dibantu pengganas asing, namun turut mendedahkan perbalahan di peringkat atasan kerajaan. – AFP

    Seorang lelaki bercakap di telefon dalam sebuah kedai yang dijarah di Almaty, Kazakhstan, 11 Januari. Tentera pengaman diketuai Rusia akan meninggalkan negara itu dalam masa dua hari selepas protes reda, kata presidennya. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...