Tentera enggan divaksin akan dibuang

WASHINGTON, 15 OKT – Tentera laut Amerika Syarikat mengatakan, mana-mana anggota yang enggan menda-patkan vaksin COVID-19 akan dibuang daripada tentera, menjelang tarikh akhir menerima suntikan pada 28 November nanti.

“Dengan vaksin COVID-19 diwajibkan untuk semua anggota tentera, tentera laut mengumumkan rancangan untuk memulakan proses pemecatan bagi mereka yang enggan divaksin,” menurut satu kenyataan mereka.

Mereka mengatakan sebanyak 98 peratus daripada 350,000 anggota yang aktif sudah mendapatkan atau lengkap divaksin.

Bagi tentera AS secara keseluruhan, jurucakap Pentagon, John Kirby mengatakan pada Selasa lalu, sebanyak 96.7 peratus daripada hampir 1.4 juta pegawai aktif telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 83.7 peratus dua dos vaksin COVID-19.

Tentera laut AS mengatakan mana-mana anggota yang enggan divaksin akan dibuang daripada pasukan itu, menjelang 28 November, tarikh akhir bagi suntikan.