Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tentera Filipina bunuh suspek pengeboman bas

    MANILA, FILIPINA, 2 JUN – Tentera Filipina telah membunuh seorang suspek militan dan menangkap seorang lagi dalam pertempuran senjata singkat bersama pemberontak yang bersepakat dengan kumpulan Islamic State (IS) yang dipersalahkan bagi pengeboman-pengeboman terkini di selatan, kata pegawai-pegawai tentera hari kini.

    Angkatan tentera dan polis bertempur sekejap dengan pejuang-pejuang kumpulan Daulah Islamiyah pada Rabu di pekan M’lang di wilayah

    Cotabato ketika memburu dalang pengeboman-pengeboman terkini yang dipercayai bermatlamat untuk memeras wang daripada syarikat-syarikat bas dan perniagaan lain di selatan, pegawai-pegawai tentera berkata.

    Suspek militan, Monir Lintukan, dibunuh dalam pertempuran itu dan seorang lagi, Randy Saro telah ditangkap, pemerintah batalion tentera Leftenan Kolonel Rommel Mundala berkata. Sementara beberapa orang yang lain melarikan diri.

    Lintukan dan Saro adalah antara suspek dalam pengeboman bulan lalu ke atas sebuah bas di bandar Koronadal dan sebuah bas di kawasan letak kereta di bandar Tacurong, pegawai-pegawai tentera berkata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...