‘Tentera Indonesia langgar hak asasi manusia’

JAKARTA, 17 FEB – Tentera Indonesia menembak mati empat pelajar di rantau Papua yang bergolak di negara itu semasa protes tahun 2014 dan melakukan ‘pelanggaran hak asasi manusia,’ sebuah badan suruhanjaya merumuskan mengenai kejadian itu hari ini.

Komnas HAM mengeluarkan penemuan lima tahun itu selepas pelajar-pelajar sekolah menengah ditembak di Paniai, sebuah wilayah tengah wilayah Papua yang berpecah-belah, yang mempunyai sempadan dengan Papua New Guinea yang bebas.

“Insiden ini merupakan jenayah terhadap kemanusiaan,” kata ketua penyiasat suruhanjaya itu, Choirul Anam kepada AFP dalam satu kenyataan hari ini. Tentera tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen.

Komnas HAM berkata ia telah mengemukakan laporannya terhadap insiden itu kepada peguam negara untuk kemungkinan mengemukakan sebarang pendakwaan.

Siasatan itu terhalang dalam tempoh yang lama berikutan dengan percubaan oleh beberapa individu untuk menyembunyikan bukti, kata suruhanjaya hak asasi manusia itu. – AFP

Beberapa orang pembantah berhimpun untuk menuntut keadilan terhadap tindakan tentera terhadap protes itu. – AFP