Tentera Iraq bebaskan wanita Jerman diculik

BAGHDAD, 24 JULAI – Pasukan tentera Iraq membebaskan aktivis Jerman Hella Mewis, yang diculik di Baghdad pada Isnin, lapor agensi Anadolu, yang memetik tentera Iraq pada hari ini.

Jurucakap tentera Yahia Rasul dalam satu kenyataan ringkas berkata pasukan keselamatan membebaskan Mewis, tanpa mengulas lanjut mengenai kes tersebut. Mewis, yang juga Ketua Jabatan Kebudayaan Institut Goethe Jerman di Baghdad, diculik berhampiran pejabatnya di Jalan Abu Nuwas pada waktu petang. – Bernama