Tentera iringi kapal tangki minyak Iran

BANDARAYA MEXICO, 21 MEI – Kapal tangki minyak Iran yang dalam perjalanan ke Venezuela akan dikawal oleh kapal dan pesawat tentera, kata Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez pada hari ini, lapor agensi berita Sputnik.

“Kami sudah berhubung dengan Kementerian Pertahanan Iran. Semua kapal yang memasuki zon ekonomi eksklusif Venezuela akan diiringi kapal dan pesawat tentera negara dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Iran atas kerjasama itu,” kata Padrino dalam ucapannya yang disiarkan VTV.

Akhir minggu lalu dilaporkan kerajaan AS merancang untuk menyekat penghantaran minyak Iran ke Venezuela, termasuk merampas kapal dan mengenakan sekatan kepada kru. – Bernama