Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tentera Israel bunuh 3 warga Palestin

    NABLUS, 4 MEI – Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga warga Palestin yang bertanggungjawab membunuh seorang wanita British-Israel bersama dua anak perempuannya pada bulan lalu, dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki, hari ini.

    Israel dalam satu kenyataan mendakwa, dua daripada lelaki berkenaan adalah pejuang Hamas, manakala seorang lagi pula dituduh membantu mereka.

    “Mereka dibunuh dalam operasi bersepadu membabitkan tentera, polis dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet di Nablus,” menurut kenyataan itu.

    Pasukan Shin Bet menuduh ketiga-tiganya terbabit dalam pembunuhan Leah, Maia dan Rina Dee melalui serangan ke atas kenderaan dinaiki anak-beranak itu berhampiran Hamra di Lembah Jordan, 7 April lalu.

    Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, tentera rejim Zionis menamakan dua individu didakwa pejuang Hamas berkenaan sebagai Kassan Katnani dan Maed Mitsri, manakala seorang lagi yang ditembak mati adalah Ibrahim Hura.

    Pasukan itu mendakwa tentera menemui dua senapang M-16 dan satu AK-47 dari unit pangsapuri di mana lelaki terbabit bersembunyi.

    Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan tiga individu dibunuh dalam serbuan pagi tadi di Kota Lama, Nablus.

    “Dua daripada mereka sukar dikenal pasti akibat kesan tembakan yang begitu teruk,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Seorang wartawan AFP melaporkan terdengar bunyi tembakan di Kota Lama kira-kira jam 7 pagi tadi ketika berpuluh-puluh kenderaan tentera Israel memasuki kawasan itu dari pelbagai arah. – AFP

    Penduduk memeriksa tapak bangunan di mana tiga warga Palestin terbunuh semasa serangan Israel di bandar Nablus kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...