Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel lancar serangan bom baharu

    GAZA, 30 OKT – Tentera Israel melancarkan serangan bom baharu yang menyasarkan pejuang Hamas di Gaza hari ini, ketika pengantara antarabangsa bersiap sedia untuk mencadang-kan gencatan senjata jangka pendek untuk membebaskan tebusan dan mengelakkan bencana kemanusiaan.

    Berita tentang kemungkinan kemajuan dalam rundingan gencatan senjata datang sehari selepas serangan Israel ke atas satu blok kediaman di Gaza yang membunuh hampir 100 orang dan mencetuskan kamarahan antarabangsa.

    Pengantara dari Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir selama berbulan-bulan cuba merundingkan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza untuk membenarkan pertukaran tahanan, akses kemanusiaan dan perbincangan mengenai keamanan jangka panjang.

    Ketua perisik Mossad Israel, David Barnea, pengarah CIA, Bill Burns dan Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani mengadakan perbincangan rahsia tebaharu mereka pada Ahad dan Isnin di Doha.

    Pada hari ini, sumber yang rapat dengan rundingan itu memberitahu AFP dengan syarat namanya tidak didedahkan bahawa pegawai kanan itu membincangkan cadangan untuk pihak-pihak terlibat mengenai gencatan senjata jangka pendek kurang daripada sebulan.

    Cadangan itu merangkumi pertukaran tebusan Israel untuk warga Palestin yang ditahan di penjara Israel serta peningkatan bantuan ke Gaza, tambah sumber itu.

    “Pegawai AS percaya bahawa jika perjanjian jangka pendek dapat dicapai, ia boleh membawa kepada perjanjian yang lebih kekal,” kata sumber itu.

    Serangan di daerah utara Gaza di Beit Lahia kelmarin meruntuhkan sebuah bangunan dan menyebabkan kira-kira 93 orang terkorban, termasuk sejumlah besar kanak-kanak, menurut agensi pertahanan awam wilayah itu. – AFP

    Orang ramai mencari mangsa di tapak serangan Israel sehari sebelumnya, yang melanda rumah keluarga Al-Loh di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza pada 30 Oktober. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda