Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Tentera Israel serbu bandar Jenin

    JENIN, WILAYAH PALESTIN, 10 APRIL – Tentera Israel hari ini menjalankan serbuan baharu di Tebing Barat daerah Jenin, kubu kumpulan pejuang Palestin dan tempat kediaman pejuang yang melancarkan serangan baru-baru ini.

    Sekurang-kurangnya 10 tercedera dalam pertelingkahan di Jenin, serta di Jericho dan Tulkarem, menurut kementerian kesihatan Palestin hari ini, sementara Bekas Tawanan Palestin mengumumkan 24 ditangkap di beberapa bandar di Tebing Barat.

    “Pasukan tentera ketika ini beroperasi di bandar Jenin,” di utara Tebing Barat, kawasan yang dirampas sejak 1967 oleh Israel, kata tentera Israel dalam kenyataan.

    Operasi tentera dibuat selepas seorang pejuang dari Jenin yang menyerang kawasan terkenal Tel Aviv pada malam Khamis, membunuh tiga warga Israel dan mencederakan puluhan lainnya.

    Israel pada Jumaat berkata ia telah membunuh ‘suspek penyerang’, Raad Hazem, 28.

    Seramai 14 orang telah dibunuh dalam empat serangan di Israel sejak 22 Mac, termasuk kejadian menembak pada 29 Mac di Bnei Brak, berhampiran Tel Aviv, yang dijalankan oleh seorang pejuang Palestin dari Jenin.

    Dalam tempoh yang sama, sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dibunuh, termasuk pejuang, menurut angka direkodkan oleh AFP. – AFP

    Pasukan keselamatan Israel mencari pejuang Palestin berhampiran tempat kejadian tembakan di Tel Aviv pada 7 April lalu. Tentera Israel kelmarin menjalankan serbuan baharu di Tebing Barat daerah Jenin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -