Tentera Israel tembak mati seorang warga Palestin

BAITULMAQDIS, 23 FEB – Pasukan Israel menembak mati seorang warga Palestin yang disyaki meletakkan bom berhampiran sempadan Gaza, sebelum mengeluarkan mayatnya menggunakan jentolak, kata tentera.

“Berikutan kejayaan menghalang serangan dekat pagar Semenanjung Gaza awal pagi ini, jentolak tentera Israel IDF mengeluarkan mayat salah seorang penyerang,” jelas tenteranya.

Awal hari ini, tentera Israel berkata “ia melihat dua pengganas mendekati pagar keselamatan di selatan Semenanjung Gaza dan meletakkan peranti letupan bersebelahan dengannya”.

“Pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah mereka,” kata satu kenyataan ketenteraan.

Berikutan kejadian itu, satu video dari Gaza menunjukkan sebuah jentolak mendekati mayat lelaki muda itu yang kelihatan tidak bersenjata, yang cuba mengambilnya.

Bunyi tembakan dapat didengarkan dan lelaki berkenaan akhirnya melarikan diri apabila jentolak mengambil mayat itu. Kereta kebal dilihat berada diposisikan berdekatan.

Kementerian Kesihatan Gaza mengatakan bahawa dua orang awam tercedera oleh tembakan Israel di tempat kejadian.

Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennett telah meneruskan dasar menahan mayat itu dari militan Gaza sebagai rundingan tawar-menawar untuk menekan Hamas, kumpulan Islamis yang mengawal wilayah Palestin, yang telah menahan mayat dua tentera Israel sejak tahun 2014. – AFP