Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tentera Israel tembak wanita Palestin

    BAITULMAQDIS, 14 NOV – Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin di Tebing Barat hari ini, kata Kementerian Kesihatan Palestin, sementara tentera mengesahkan operasi serbuan dan insiden tembakan di kawasan itu.

    Anggota Pertahanan Israel melaporkan tenteranya telah melepaskan tembakan pada sebuah kereta yang memecut ke arah mereka dan ‘sasaran dikenal pasti’, tetapi tidak mengesahkan kematian.

    Kementerian Palestin mengumumkan ‘kematian seorang rakyat selepas ditembak di kepala oleh tentera Israel,’ pada subuh di Beitunia, berdekatan Ramallah di Tebing Barat.

    Dia dikenal pasti sebagai Sana al-Tal, 19 tahun.

    Menurut kenyataan pihak berkuasa Israel, tenteranya telah ‘menjalankan aktiviti cegah keganasan’ di beberapa lokasi Tebing Barat awal hari ini, termasuk Beitunia.

    “Semasa aktiviti di bandar Beitunia, tentera mengenal pasti sebuah kenderaan mencurigakan menghampiri mereka,” tambah kenyataan.

    “Tentera mengisyaratkan kepada pemandu supaya menghentikan kenderaan, sebaliknya dia memecut ke arah mereka. Sebagai respons, tentera melepaskan tembakan pada kenderaan itu. Kejadian itu sedang disiasat,” tambah tentera. – AFP

    Penduduk Palestin berdiri bersebelahan kereta yang membawa Sana al-Tal, yang ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Beitunia, Tebing Barat kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...