AMMAN, Jordan, 16 Mac – Laman web yang berkaitan dengan tentera Jordan berkata askar-askar telah memintas tujuh pengedar dadah yang disyaki di sempadan dengan Syria, membunuh tiga orang.
Laman berita Hala melaporkan hari ini yang percubaan menyusup masuk itu berlaku pada hari sebelumnya.
Menurut kenyataan itu, para pegawai keselamatan berkata pengawal sempadan telah mengesan tujuh lelaki bersama enam beg mengandungi hasyisy. Ia tidak mengatakan bagaimana ketiga-tiga lelaki berkenaan dibunuh.
Sempadan Syria-Jordan dikawal ketat kerana kebimbangan Jordan tentang limpahan dari perang saudara Syria enam tahun lamanya. – AP